Canid dan manusia Canidae

Pemburuan rubah Inggeris tradisional.

Satu canid, anjing bela jinak, satu subspesies serigala kelabu, menjalinkan hubungan dengan manusia lama dahulu. Hubungan ini didokumenkan seawal 26,000 tahun lalu, bilamana tapak kaki seorang kanak-kanak lelaki berumur sekitar lapan hingga sepuluh tahun dijumpai di Gua Chauvet di Perancis selatan, berjalan di samping yang dikenal pasti sebagai anjing besar atau serigala.[3] Fosil anjing tercatat terawal dijumpai berusia sekitar 31,700 tahun di Gua Goyet di Belgium.[4] Sungguhpun lebih awal, serigala dijumpai terfosil di lokasi sama dengan manusia di tapak-tapak yang bertarikh kembali ke 300,000 tahun, menunjukkan betapa awal manusia dan serigala telah berinteraksi dengan satu sama lain.[5] Kajian yang menggunakan kromosom Y dan mtDNA telah menunjukkan bahawa serigala pertama kali dibelajinakkan di kawasan di selatan Sungai Panjang di China.[6] Kenyataan bahawa serigala merupakan haiwan kawanan dengan struktur sosial kerjasama mungkin telah menjadi sebab bahawa hubungan ini berkembang. Manusia memperoleh faedah daripada kesetiaan, kerjasama, kerja berpasukan, kewaspadaan, dan kebolehan penjejakan canid ini sementara serigala mungkin telah memperoleh faedah daripada kegunaan senjata untuk menyerang mangsa lebih besar dan pengongsian makanan. Manusia dan anjing berevolusi bersama-sama.[7] Pertalian antara manusia dengan anjing terlihat dalam pengebumian anjing dengan pemiliknya seawal 11,000 tahun lalu di benua Amerika dan 8,500 tahun lalu di Eropah.[5]

Antara canid, hanya serigala yang diketahui memengsakan manusia.[8] Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya dua catatan mendapati koyote membunuh manusia,[9] dan dua ekor jakal membunuh kanak-kanak.[10] Manusia telah memerangkap dan memburu sesetengah canid kerana bulunya dan, terutamanya serigala kelabu, untuk sukan.[11] Canid seperti anjing hutan kini terancam di alam liar kerana perburuan, kehilangan habitat, penyusutan spesies mangsa ungulat dan transmisi penyakit daripada anjing bela jinak.[12]

Rujukan

WikiPedia: Canidae http://www.google.com/books?id=JgAMbNSt8ikC&pg=PA http://www.merriam-webster.com/dictionary/canid http://www.psychologytoday.com/files/attachments/7... http://online.wsj.com/news/articles/SB100014240529... http://www.bucknell.edu/msw3/browse.asp?id=1400069... http://animaldiversity.ummz.umich.edu/site/account... http://digitallibrary.amnh.org/dspace/bitstream/22... http://web.archive.org/web/20060224153601/http://w... http://web.archive.org/web/20070930021020/http://w... http://web.archive.org/web/20131122165950/http://o...